Kesedaran Orang Ramai,
Menjamin Kebersihan Bersama
Kelebihan Penjagaan Alam Sekitar:
Antara kelebihan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar
akan menjadi bersih. Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah mengarnalkan
nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga. Alam
sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan alam sekitar. Alam
sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.
Selain itu, alam sekitar yang dijaga
dengan baik juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar.
Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti pencemaran sungai dan
pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku akan mendatangkan
pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu,
jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera
kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.
Jika kita menjaga alam sekitar dengan
baik, pasti kita dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan gembira.
Sesungguhnya, alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita
kerana banyak binatang perosak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara
binatang yang suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk.
Jika kita hidup dalam keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih
bahagia dan gembira.
Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan banyak penyakit kepada manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga yang membawa penyakit seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk aedes ini boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.
Selain itu,
pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagai contoh,
pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan
lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila kawasan tanah
tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan
perindustrian. Selain itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada
kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air
sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap tersebut.
Pencemaran alam
sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila
banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala
kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan
menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang
tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin
bertambah.
Kesimpulan


























