![]() |
Berita Tentang Pemeliharaan Alam Sekitar |
Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar:
Pemuliharaan
terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar
merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang
mengikat antara satu sama lain, Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh
dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara
manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akna
menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penerbangan hutan yang tidak terancang
akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan
pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara
terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu,
habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar amat penting agar manusia mendapat
sumber air yang bersih dan tidak tercemar. Pencemaran air seperti
membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan
kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun
dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air
yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita.Tanpa
pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran
hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam
kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan
air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan
peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air
yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati
sekitarnya hidup dalam air yang tercemar.
Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa
akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya
aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan
ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu
dipelihara bagi mengelakkan suhu
bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti
luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah
dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan
menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.





No comments:
Post a Comment