Monday, 17 April 2017

Pendidikan Kitar Semula Amalan Bersama


    Kesedaran Orang Ramai, 
Menjamin Kebersihan Bersama


Kelebihan Penjagaan Alam Sekitar:
Antara kelebihan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah mengarnalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.

      Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

      Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan gembira. Sesungguhnya, alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita kerana banyak binatang perosak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara binatang yang suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia dan gembira.






Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan  banyak penyakit kepada manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga yang membawa penyakit  seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk aedes ini  boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.





   Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagai contoh, pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Selain itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap tersebut.



    Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertambah.




Kesimpulan



Thursday, 13 April 2017

Laporan Pertandingan

Laporan Pertandingan Melukis Poster Sayangi Alam Sekitar
Peringkat Sekolah Daerah Bachok, Kelantan

1) Peringkat Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga 3)

Tema yang diberikan oleh pihak penganjur adalah tentang pengetahuan tentang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Lebih 50 peserta sekolah rendah mengambil diri dalam pertandingan ini, tetapi hanya 3 orang saya yang mendapat hadiah.


Tempat Pertama:
Muhammad Muim Bin Halim
9 Tahun
SK Jelawat



Tempat Kedua:
Siti Umaiyah Binti Umar
9 Tahun
SK Gunung



Tempat Ketiga:
Siti Asna Binti Zakaria
SK Kandis





2) Peringkat Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)

Tema yang ditetapkan oleh penganjur adalah kehijauan bumi, kemesraan alam. Peserta diminta untuk melukis poster menggunakan laptop masing-masing dengan menggunakan kaedah photoshop. Seramai 20 peserta yang mengambil tempat dalam program ini dan hanya 3 orang pemenang sahaja yang dipilih.

Tempat Pertama:
Jannatul Khalida Binti Azmi
17 Tahun SMK Sri Gunung



Tempat Kedua;
Ahmad Zikri Bin Adha
SMK Kubang Telaga
17 Tahun



Tempat Ketiga:
Muhammad Aiman Hakim Bin Ramli
SMK Dato' Perdana
17 Tahun




Wednesday, 12 April 2017

Berita

Berita Tentang Pemeliharaan Alam Sekitar













Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar:

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain, Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akna menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penerbangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.


      Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita.Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air yang tercemar.

     Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.











Aktiviti Kitar Semula

Aktiviti Kitar Semula

Gotong-royong

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia. Gotong-royong juga dapat dikenali sebagai salah satu cara untuk mengitar semula bahan-bahan terpakai seperti plastik, kaca, polisterin, dan sebagainya.

Contoh-contoh aktiviti gotong-royong:

i)Gotong-royong di sekolah.



                                
                                                      ii)Gotong-royong di kampung.





iii)Gotong-royong di pejabat



                                                               



Bahan-Bahan Kitar Semula



                                           Sayangi Alam Sekitar, Awasi Bahan Terbiar

Apakah alam sekitar?

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).


Bahan-Bahan Kitar Semula

Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi. 

        Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna. Antara bahan-bahan terbuang yang dapat dijadikan bahan berguna adalah:


                                                 
                                                                         1)Tin 
   
  Tin boleh dijadikan sebagai bekas penyimpanan makanan seperti gambar di bawah....





                                                                        2)Botol
                               
                                Botol boleh dijadikan bekas kotak lampu seperti gambar di bawah..




                                   



                                                                    3. Polistren

Gelas polisterin boleh dijadikan alat bantu mengajar kanak-kanak prasekolah seperti gambar di bawah..